Jasa Bonda Buat Ibuku Tersayang
Bonda…
Dirimu mengandungkan daku 9 bulan 10 hariLahirku disambut penuh syukur
Memenuhi keperluanku seadanya
Tanpa pernah mengeluh
Tanpa pernah mengungkit
Tanpa penat dan lelah
Memerah keringat
Membesarkan daku
Seorang mantan guru, setelah 35 tahun, di arena perguruan, Antara tempat menabur bakti, SMK Paloh, Kluang, Johor, SMK Dato' Mustaffa Sekinchan Selangor, SK Seri Telok, SK Lubok, SK Gambut, SK Peserai Batu Pahat Johor.
Menanti Doa bersambut
Mengapa Permintaanku Masih Belum Diperkenankan-Nya?
Oh Tuhanku Rabbul Izzati
Doaku Bagaikan Tidak Bersambut…
Rintihan Dan Munajat Bagai Tidak Kesampaian.
Kerana Dia Masih Mahu Terus Mendengar Rayuan Dan Rintihanmu.
Tapi Sampai Bila?
Sampai Engkau Terima, Bahawa Apa Yang Diinginkan
Oleh Tuhan Itulah Yang Terbaik Untukmu…
Tapi Bukankah Aku Layak Untuk Berdoa,
Dan Bukankah Tuhan Suka Hamba-Hambanya Berdoa?
Ya, Tapi Berdoa Dengan Hati Yang Merendah,
Yang Tahu Diri Maha Hina Dan Lemah.
Kerana Yang Kuat, Yang Mampu Hanya Dia.
Maka PadaNya Kita Meminta…
Bukan Doa Seorang Tuan.
Ibarat Seorang Pesuruh Istana, Tanpa Adab Sopan,
Menerjah Ke Ruang Istana, Meminta-Minta Pada Sultan,
Mungkinkah Akan Diperkenan?
Tapi Aku Amat Memerlukan,
Kerana Itu Aku Meminta-Minta Dan Merayu-Rayu…
Berdoalah, Merayu-Rayulah Terus, Merintih Dan Adukanlah
Segalanya Yang Menjadi Kesulitan Hidupmu
Pada Dia Yang Maha Mendengar Lagi Maha Tahu.
Jadilah Seperti Pesakit Yang Mendedahkan Segala Derita
Dan Penyakitnya Kepada Doktor.
Urusan Ubat,
Bukan Pesakit Yang Menentukan,
Tetapi Doktor.
Jadi?
Yang Kita Rasa Perlu Untuk Kita,
Belum Tentu Itu Yang Tuhan Mahu Untuk Kita.
Boleh Jadi, Apa Yang Kita Tidak Sukai
Itulah Yang Terbaik Buat Kita.
Dan Boleh Jadi Pula
Apa Yang Kita Sukai Itulah
Yang Tidak Baik Bagi Kita.
Sesungguhnya Allah Itu
Maha Mengetahui Lagi Maha Pengasih,
Sedangkan Kita Maha Lemah Lagi Jahil.
Terimalah Ketentuan Allah yang Maha Dekat
Itu Sebagai Sahutan Dari Munajat Dan Doamu…
+diedit dari: hanan.com.my +
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada rakan-rakan cikgu khususnya kawan-kawan di SK Peserai
dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG, 1979