Saturday, April 30, 2011
Muhyiddin Harap Pegawai Kanan Bersara Terus Sumbang Idea Dan Tenaga

PUTRAJAYA, 27 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelajaran yang bersara agar terus menyumbang idea dan tenaga mengikut keupayaan masing-masing bagi membantu kementerian berkenaan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, banyak pengalaman yang boleh dicurahkan dan dikongsi bersama oleh pesara dengan generasi baru, sama ada di kementerian atau di sekolah, yang tentunya berguna untuk mengorak langkah ke depan dengan teratur, berpandukan pengalaman lalu.
Berucap pada Majlis Persaraan Ketua-Ketua Bahagian/Jabatan Kementerian Pelajaran di sini Rabu malam, Muhyiddin merakamkan penghargaan kepada pegawai-pegawai kanan tersebut kerana telah bersama-sama membantu beliau "melayarkan bahtera kementerian, merempuh gelombang dan ombak demi mendidik dan memajukan anak bangsa."
"Kita dapat melalui semua ini dengan jayanya kerana wujud sikap dedikasi dan bertanggungjawab dalam memikul amanah besar bangsa ini. Oleh sebab itu, alhamdulillah, dengan sokongan dan komitmen semua, kita telah dapat melaksanakan segala dasar dan program kementerian dengan baik."
Seramai 18 orang mantan pegawai kanan termasuk mantan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Datuk Fatimah Md Deni serta mantan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi), Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim diraikan pada majlis tersebut.
Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran memikul tanggungjawab yang amat besar dan penting bagi memastikan pendidikan di negara ini dapat melahirkan modal insan bertaraf dunia.
Untuk itu, katanya, kementerian telah melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bagi tempoh 2006 hingga 2010 dan pada masa ini sedang menumpukan usaha menjayakan pelbagai inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan.
Beliau berkata, kementerian juga sedang melaksanakan beberapa dasar baru seperti Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI), 1Murid 1Sukan, yang kesemuanya bertujuan untuk melonjakkan kualiti pendidikan secara substantif dan komprehensif.
-- BERNAMA

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Kenapa pegawai kanan sahaja? Apakah GURU BERPENGALAMAN tidak bisakah?
Post a Comment