Pages

Salam

assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Showing posts with label pantun. Show all posts
Showing posts with label pantun. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

Indah Bahasa

Indah Bahasa

Pantun Budi (ii)

Perigi dikatakan telaga,
Tempat budak berulang mandi,
Emas merah ada berharga,
Budi Bahasa bernilai abadi.

Pucuk nipah kelibatan,
Terletak mari di tepi pantai,
Biarlah rosak dalam lipatan,
Jangan rosak kena pakai.

Perabu lancang dari Petani,
Naik ke darat membeli kain,
Buah macang serupa keuini,
Rupanya sama rasanya lain.

Saturday, January 14, 2012

Pantun Budi

Pantun Budi (i)

Anak itik matinya lemas,
Makan lenggudi di Bukit Askin
Hilanglah bahasa kerana emas,
Tak tampak budi kerana miskin.

Saya tidak menanam nenas.
Tanam kepaya di dalam padi,
Saya tidak memandang emas,
Budi bahasa yang saya cari.

Friday, March 5, 2010

Pantun empat Kerat (1)

Pantun Empat Kerat i

 
gambar hiasan(Marang,Terengganu)


Kedidi sekawan di pohon delima,
      Terbang bersama tuju ke hutan;
Budimu tuan saya terima,
      Teguh bertakhta dalam ingatan.

Tanam lagundi tumbuh kelapa,
       Terbit bunga pucuk mati;
Budi tuan saya tak lupa,
        Sudah terpahat di dalam hati.

Tenang-tenanh air di laut,
       sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
       Budi baik rasa nak junjung.



zwani.com myspace graphic comments
 
Copyright © 2010 Memoir Seorang Guru | Design : Noyod.Com