Pages

Salam

assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Showing posts with label dunia persaraan. Show all posts
Showing posts with label dunia persaraan. Show all posts

Sunday, January 19, 2014

MERCHANT KAD INTEGRASI PESARA KERAJAAN

SENARAI MERCHANT KAD INTEGRASI PESARA KERAJAAN - Pesara Layak Mendapatkan Diskaun Dengan Menggunakan Kad Pesara.



Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan KPDNKK telah memperluaskan penggunaan Kad Pesara Kerajaan Malaysia sebagai kad diskaun 1Malaysia/kad integrasi rakan dagang perkongsian pintar di bawah NBOS6 berkuatkuasa mulai pada 21 Mac 2013. 

Wednesday, January 1, 2014

BAYARAN KHAS PESARA KERAJAAN PENERIMA PENCEN


BAYARAN KHAS KEWANGAN
KEPADA PESARA KERAJAAN YANG MENERIMA PENCEN 

BAYARAN KHAS PESARA KERAJAAN PENERIMA PENCEN

YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013 telah mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM250 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen. 
 
Bayaran Khas Kewangan ini akan diberi kepada semua pesara Perkhidmatan Awam (Persekutuan dan Negeri serta Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan) yang layak menerima pencen pada atau sebelum 31 Disember 2013 termasuk ahli keluarga tanggungan pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada atau sebelum       30 Disember 2013 dan menerima pencen terbitan mulai 31 Disember 2013. 

Friday, September 6, 2013

Naikkan kadar pencen pesara kepada 10 peratus

Naikkan kadar pencen pesara kepada 10 peratus

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Kelab Persatuan Pesara Kerajaan 1Malaysia (Kupekmas) meminta kerajaan mengkaji kenaikan kadar pencen kepada 10 peratus berbanding dua peratus seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.


Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Abdul Rahman Manan, kadar dua peratus adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan kos sara hidup dan harga barang yang semakin meningkat.

"Kami berterima kasih atas kenaikan dua peratus itu, namun persatuan berasakan kadar itu agak tidak memberangsangkan. Contohnya kalau pencen yang diterima RM1,000 sebulan, kenaikan yang diperoleh hanya RM20.


Saturday, April 30, 2011

Muhyiddin Harap Pegawai Kanan Bersara Terus Sumbang Idea Dan Tenaga

 Muhyiddin Harap Pegawai Kanan Bersara Terus Sumbang Idea Dan Tenaga

PUTRAJAYA, 27 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelajaran yang bersara agar terus menyumbang idea dan tenaga mengikut keupayaan masing-masing bagi membantu kementerian berkenaan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, banyak pengalaman yang boleh dicurahkan dan dikongsi bersama oleh pesara dengan generasi baru, sama ada di kementerian atau di sekolah, yang tentunya berguna untuk mengorak langkah ke depan dengan teratur, berpandukan pengalaman lalu.

Berucap pada Majlis Persaraan Ketua-Ketua Bahagian/Jabatan Kementerian Pelajaran di sini Rabu malam, Muhyiddin merakamkan penghargaan kepada pegawai-pegawai kanan tersebut kerana telah bersama-sama membantu beliau "melayarkan bahtera kementerian, merempuh gelombang dan ombak demi mendidik dan memajukan anak bangsa."

"Kita dapat melalui semua ini dengan jayanya kerana wujud sikap dedikasi dan bertanggungjawab dalam memikul amanah besar bangsa ini. Oleh sebab itu, alhamdulillah, dengan sokongan dan komitmen semua, kita telah dapat melaksanakan segala dasar dan program kementerian dengan baik."

Seramai 18 orang mantan pegawai kanan termasuk mantan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Datuk Fatimah Md Deni serta mantan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi), Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim diraikan pada majlis tersebut.

Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran memikul tanggungjawab yang amat besar dan penting bagi memastikan pendidikan di negara ini dapat melahirkan modal insan bertaraf dunia.

Untuk itu, katanya, kementerian telah melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bagi tempoh 2006 hingga 2010 dan pada masa ini sedang menumpukan usaha menjayakan pelbagai inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata, kementerian juga sedang melaksanakan beberapa dasar baru seperti Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI), 1Murid 1Sukan, yang kesemuanya bertujuan untuk melonjakkan kualiti pendidikan secara substantif dan komprehensif.

-- BERNAMA



zwani.com myspace graphic comments
 
Copyright © 2010 Memoir Seorang Guru | Design : Noyod.Com