Pages

Salam

assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Sunday, January 19, 2014

RINTIHAN ANAK MALAYSIA DI SWEDEN we need mummy and daddy

RINTIHAN ANAK MALAYSIA DI SWEDEN we need mummy and daddy
Tak selesa bersama keluarga angkat

Anak-anak, kasih sayang ibu ayah sangat tulus murni.
 Marah mereka untuk kebaikan duniawi dan ukhrawi.
Anak-anak carilah dan temuilah ibubapamu walau di mana mereka berada,
sementara nafas kita masih dipinjamkanNya.

Buat anak-anak Malaysia seperti gambar di atas, doa kami mengiringi kalian dan kedua ibubapa kalian. Ya Allah selamatkanlah saudara kami ini Ya Allah. Semoga mereka sekeluarga dapat kembali ke Malaysia dengan selamat.



Kuala Lumpur: “We are sad.. we need mummy and daddy. We miss them so much.. Please come back to us, we can’t live without them. (Kami sedih... kami perlukan mummy dan daddy. Kami terlalu rindukan mereka. Tolonglah kembali kepada kami, kami tidak boleh hidup tanpa mereka).



Bersedekahlah dan beramal jariahlah

Bersedekahlah dan beramal jariahlah

Bicara Al-Quranul Karim berkaitan sedeqah

“Dan mengapa kamu tidak menafkahkan (sebagian hartamu) pada jalan Allah, padahal Allah-lah yang mempusakai (mempunyai) langit dan bumi? Tidak sama di antara kamu orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum penaklukan (Mekah). Mereka lebih tingi derajatnya daripada orang-orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah itu. Allah menjanjikan kepada masing-masing mereka (balasan) yang lebih baik. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (57:10) 


Cinta oh Cinta Pada Siapa Patut Letak CINTA?

Cinta oh Cinta Pada Siapa Patut Letak CINTA?

Assalamualaikum,

Sebelum saya membicarakan bab pada siapa patut letak cinta ini saya ingin mengambil kesempatan merakamkan rasa dukacita tentang pemahaman bab “penderitaan mengundang bahagia“.

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. 


Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?
Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.


Sunday, May 23, 2010

Kisah seorang Ibu dan Anak

 Kisah seorang Ibu dan Anak



Ketika berusia setahun,ibu suapkan makanan dan mendidik kita.Cara kita mengucapkan terimakasih kepadanya ialah dengan menangis sepanjang malam.

Menjelang usia 3 tahun,ibu memberi makanan dengan penuh kasih sayang,kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 7 tahun,ibu belikan sebiji bola,kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah jiran.

Ketika berusia 12 tahun, ibu menyuruh kita membuat kerja sekolah,kita ucapkan terimakasih dengan menunggu ibu alpa untuk menonton tv.

Ketika berusia 13 tahun,ibu menyuruh kita memakai pakaian menutup aurat,kita mengucapkan terima kasih dengan memberitahu pakaian itu tidak sesuai.

Ketika berusia 14 tahun,ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama,kita mengucapkan terimakasih dengan tidak menulis sepucuk surat pun atau menelefon.
Semasa cuti kita asyik mengunci bilik.Ketika ibu menunggu panggilan penting, kita bergayut di telefon sepanjang malam.

Menjelang usia remaja,18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat berita kita ke IPTA.Kita ucapkan terimakasih dengan bergembira dengan kawan-kawan.

Ketika berusia 20 tahun,ibu bertanya samada kita ada teman istimewa,kita kata”Itu bukan urusan ibu”

Ketika berusia 21 tahun,ibu member pandangan tentang kerjaya.Kita kata”Saya tak mau jadi seperti ibu”

Ketika berusia 25 tahun ,ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita.Ibu menangis dan memberiahu betapa dia sangat sayangkan kita.Kita ucapkan terimakasih dengan berpindah jauh dan jarang menelefon.

Ketika berusia 30 tahun,ibu memberi nasihat penjagaan bayi.Kita kata”Itu dulu”

Ketika berusia 40 tahun,ibu menelefon mengingatkan ada kenduri kendara di kampong.Kita berkata”Kami sibuk,tak ada masa nak datang”

Ketika berusia 50 tahun,ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya,kita bercerita mengenai kesibukkan dan kisah ibubapa yang menjadi beban kepada anakanak;

Dan satu hari kita mendapat berita ibu meninggal dunia!Khabar itu bagaikan petir
Dalam lelehan airmata,barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

Kisah di atas diambil dari Blog MamaJu, klik sini.
Menurut MamaJu,ianya  dipetik daripada kisah yang beliau  simpan dari akhbar Utusan Malaysia tahun 2006.

Wednesday, September 2, 2009

Pengorbanan Seorang Ibu

Pengorbanan Seorang Ibu Assalamualaikum anak-anak murid... Apa khabar? Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Apakah anda sudah bersedia menghadapi peperiksaan ini? Bersedia dari segi rohani, mantel, fizikal dan intelektual. Apa yang penting anda sudah mempersiapkan diri dengan sebaik dan semampu diri anda. Pada saat-asaat semakin hampir dengan peperiksaan, jagalah kesihatan dengan baik. Ambillah pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Elakkan junk food dan minuman bergas. Kekalkan stamina anda. Juga, binalah hubungan yang baik dengan ibubapa anda. Semoga dengan kebaikan yang anda tampilkan samaada ketika anda bersama ibubapa dan ketika mereka tiada di hadapan anda akan membawa keberkatan dalam hidup anda. Bertemu dengan guru anda dan hormati serta raikan guru-guru anda. Mohon doa mereka semoga anda berjaya. Bina kendiri positif dengan menstabilkan emosi dan spiritual anda. Semoga anda bertemu kejayaan.



zwani.com myspace graphic comments
 
Copyright © 2010 Memoir Seorang Guru | Design : Noyod.Com