Pages

Salam

assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Showing posts with label cerita hati. Show all posts
Showing posts with label cerita hati. Show all posts

Sunday, January 19, 2014

Jasa Bonda Buat Ibuku Tersayang

Jasa Bonda Buat Ibuku Tersayang

 Bonda…

Dirimu mengandungkan daku 9 bulan 10 hari
Lahirku disambut penuh syukur
Memenuhi keperluanku seadanya
Tanpa pernah mengeluh
Tanpa pernah mengungkit
Tanpa penat dan lelah
Memerah keringat
Membesarkan daku 



Saturday, April 23, 2011

Life as Pensioners

Life as Pensioners

Alhamdulillah, hari ini ibu berkesempatan mengemaskini blog ini. rupanya themses yang ibu gunakan sudah expired. Aduhai, ingatkan barang makanan dan minuman je ada expired....:) themes blog pun ada expied ye...

kehidupan selepas bersara ibu, ibu alhamdulillah gembira atas rahmat adan nikmatNya...

Wednesday, February 9, 2011

Boleh Saya Panggil Cikgu, IBU?

Boleh Saya Panggil Cikgu, IBU?



"Boleh Saya Panggil Cikgu, IBU?" tanya seorang pelajar lelaki Darjah 6. 

Beberapa orang pelajar lelaki yang mengelilingi ibu juga turut mengajukan soalan yang sama kepada ibu.

Boleh Saya Panggil Cikgu, IBU?

Itulah antara momen terakhir yang memoir seorang guru lalui sewaktu berada dalam majlis perpisahan. Pada 2010 lalu, sebelum menunaikan fardhu haji, pihak sekolah tempat ibu bertugas, telah meraikan suatu majlis untuk ibu...

Buat anak-anak didik ibu, walau di mana berada kini...
semoga kalian terus ingat pada pesanan-pesanan cikgu. Cikgu tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada anak-anak murid ibu. 
Apa yang ibu harapkan ialah agar anak-anak murid ibu menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. 
Terima kasih saya ucapkan untuk semua pihak yang sudi meraikan saya. Terutama kepada sahabat-sahabat pendidik  di SK Peserai dan Tuan Guru Besar, Tn Hj Sarkawi yang mana blog beliau  http://takutlupa-catat.blogspot.com/
terima kasih semua. Memori sepanjang 34 tahun bergelar cikgu tetap kekal di ingatan Ibu; Si Mantan Guru.

Wednesday, March 3, 2010

Mak Menti

Mak Menti aka Tikus Moden

 

Hai Mak menti nak berjoget aje,tahulah dah selamat dari kena kejar kucing...

Tersebutlah satu kisah, seorang wanita beusia 50-an yang baru mengenali dunia komputer. Zaman 'ketak ketuk" di mesin taip sudah berlalu. Ketika komputer sudah dibuka, wanita itu nampak pada skrin komputer yang indah, dilatari "screensaver" pemandangan air terjun. Dilihat pada PC itu terdapat pelbagai program. Ada Excel, words dan sebagainya.

Kertas di tangannya di letakkan di atas meja komputer. Dia cuba membuka program words. Ditekan-tekannya  aksara yang ada di komputer itu. Sudah berkali-kali mencuba, dia masih tak menemui huruf-huruf yang ditaip.

Pantas tangannya mendail telefon. "Harap-harap anakku tidak sibuk," cetus hati kecilnya.

"Assalamualaikum mak, mak apa khabar?" kedengaran suara manja anaknya di hujung sana.

"Waaalaikumussalam. Alhamdulillah, mak sihat-sihat je ni. Ni ha, mak nak tanya, macam mana mak nak taip ni? Kenapa tak keluar huruf macam yang kakak ajarkan mak dulu?"

"Mak sekarang kat mana?"

"Ni ha. Depan Komputer ni.. Nak taip nama budak-budak kelas mak ni.  4 hari lagi, nak kena hantar ni,"

"Mak dah buka komputer tu tak?"

"Sudah, kak.  Adoi,penat mak taip dari tadi. Tak keluar apa-apa pun,"

"Oh mak kena pergi cari program Words, mak,"kata anaknya.

"Yalah,macam mana tu?"

"Mak tarik mouse tu sampai jumpa program words tu,"cadang anaknya.

"Mouse? Mak menti ke?" tanya wanita itu kehairanan. 

"Aalahai mana nak cari mak menti kat sini ni,"getus hati wanita itu.

"Bukan mak menti mak, mouse, yang atas meja tu yang warna putih silver tu,ada keluar lampu kecik tu," terang si anak lagi.

 

"Oh ini ke? Cakaplah dari awal-awal lagi. Ni mouse.mouse. Mak ingat mak menti. Ok lepas tu?" 

"Mak tarik mouse tu sampai jumpa program words,"terang si anak lagi.

Wanita itu pun menarik mouse komputernya. Ditarik-tariknya, masih tak jumpa-jumpa lagi program yang dicarinya. Seingatnya, masa anaknya tunjukkan dahulu, senang aje,terus jumpa.

Wanita itu tidak berputus asa. "Insyaallah, aku boleh buat,"azamnya.

"Mak,mak jumpa tak?"tanya si anak selepas tidak mendengar suara ibunya.
"Ni ha..mak tengah cari. kok tak jumpa-jumpa," kedengaran suara si ibu agak sayup.

cuak dengan keadaan itu, si anak segera bertanya, "Mak kat mana?"

"Ni haa...mak dah tarik mouse sampai bawah meja ni dah tarik lagi sampai habis, tak jumpa juga pun," wanita itu sedang membongkok badannya yang sudah berada di bawah meja bagi menarik mouse supaya program yang dicarinya dapat dijumpai.

"Laa...mak...kok sampai bawah meja?" 

bersambung...
p/s: 
  • Sebuah sketsa seorang warga emas yang sedang belajar dunia komputer. Pembelajaran sepanjang hayat demi kemajuan semua pihak, terutama diri sendiri, keluarga dan mereka di bawah bimbingannya.
  •  Menti dalam Bahasa Melayu ialah tikus. Menti berasal dari perkataan Jawa.

Tuesday, March 2, 2010

Belajar tentang Follower

Belajar tentang "Followers'
Gambar ni cuma hiasan je

Followers, sikit lagi saya nak tersilap sebut flowers ke ...Aduhai,macam-macam benda yang boleh di tampalkan di sebelah apa yang saya taip ni rupanya. Kalau dulu menaip ketuk ketuk krekkk...sekarang zaman dah berubah. Dan saya pun nampaknya kenalah belajar juga apa itu 'followers'.

Apa yang anak saya terangkan, apabila kita memasukkan widget followers ni, ia akan memudahkan kawan-kawan kita mengikuti perkembangan terkini blog kita. Oh begituke? Saya fikir ia cuma salah satu 'hiasan' di blog . Saya pun dah cuba follow blog lain. Payah jugalah nak masuk menjadi pengikut blog orang lain.
 
 Bercerita tentang 'followers', nampaknya sehingga kini blog saya masih belum mempunyai followers. Siapalah gerangannya yang menjadi orang pertama 'follow' blog saya ni ya? Tapi yalah blog saya ni jarang di kemaskini. Maklumlah nak mengadap komputer ini ..kadang terasa banyak lagi kerja yang perlu dibuat. Tugas di rumah, tanggungjawab di sekolah dan pada juga dalam komuniti. Opss...SKT dah dibuat belum ni...

Monday, March 1, 2010

Masa Itu Emas

Masa Itu Emas






Kupilih tajuk ini kali ini...,"Masa Itu Emas". Iyalah inilah entry pertamaku di tahun 2010 dan 1431 Hijrah. Ya Allah, telah lama rupanya tak ku 'update' rumah mayaku nie. Sampai bersawang-sawanglah jugak ni. Ku rasa oleh sebab ketidak rajinan ku meng'update' blog ni, maka mungkin sebab tu,sehingga kini kutiada lagi followers. Erm, takpelah ku berada di sini sekadar menambah kemahiranku yang tak seberapa ni...

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menjenguk rumah maya saya ini. Begitu juga kepada kawan-kawan yang memberi sokongan atas kewujudan rumah maya ini,yang cuba diusahakan walaupun agak terkial-kial jua...

Alhamdulillahirabbil alamin,syukur pada Allah atas nikmat masa yang masih diberikan olehNya padaku ini. Serasa baru semalam kujejakkan kaki di sekolah yang indah ini. Sekolah yang pernah memahat memori ribuan pelajarnya jua warga pendidik serta penggeraknya dan semua yang berkaitannya sejak awal penubuhannya.

Pastinya, salah seorang yang punya momen penuh warna warni ialah diriku. Ia banyak merakam sejarah hidupku dan juga sebahagian anak-anakku...

Terlalu banyak cerita sepanjang sejak entry terkahirku sejak Oktober 2009 lalu..Namun cerita hati ini terlalu sukar untuk dikupas satu persatu. Lantaran kekangan masa yang menuntut bukan sedikit pengorbanan dari seorang aku. Selain dunia internet yang baru untukku ini...

 
sumber gambar: En Yazid

Teringat dahulu,dari mesin taip, ketuk ketuk...aku menaip soalan di situ. Anak-anakku yang masih kecil pun sibuk nak menolong juga.

"Nak taip juga macam mak,"kata anakku yang sulong.

"Kita nak juga,"sambung yang tengah.

"Abang nak cuba juga ya mak,"aduhai yang masih ber'pampers' ni pun sibuk juga nak mnegetuk mesin taip kami itu...

Anak-anakku sibuk bermain dengan kertas biru itu. Pernah juga mesin taip kami itu rosak dek anak-anak.

pantasnya berlalu, seiring perkembangan masa...kini ketukan di meja ini tiada lagi bunyi ketuk,ketuk,kerekkk. Di meja ini kini senyap dan sesekali bunyi nasyeed atau lagu-lagu yang anak-anakku dowload kedengaran.

bersambung...



zwani.com myspace graphic comments
 
Copyright © 2010 Memoir Seorang Guru | Design : Noyod.Com