Pages

Salam

assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, May 19, 2010

2 Ucapan dalam 1

2 Ucapan dalam 1

Alhamdulillahirabbilalamin,syukur pada hari ini dapatlah menyiarkan sesuatu di blog ini. masya Allah,lama sudah rupanya masa berlalu. Terlalu banyak kekangan masa, tanggungjawab dan amanah yang berlegar di sekitar saya. Lalu untuk mengemaskini rumah maya ini terpaksa saya kemudiankan, lantaran amanah di alam realiti yang menuntut bukan sedikit pengorbanan.

Menyebut tentang pengorbanan, kebetulan dalam Bulan Mei, di Malaysia ada banyak sambutan hari pada bulan ini. Bermula dengan Hari Pekerja pada 1 Mei, Hari Jururawat pada 12 Mei dan hari Ibu.

Manakala seperti biasa, sebagai seorang cikgu, setelah hampir 3 dekad di arena ini, Hari Guru antara agenda penting di sekolah pada setiap tahun.Hari Guru pada 16 Mei yang mana tahun ini ia disambut pada peringkat Kebangsaan di UMP Gambang Kuantan Pahang,

Menyorot masa lalu, pelbagai kenangan berlegar di ruang minda. Terlalu banyak memori seorang cikgu biasa ini. Telah ramai anak-anak murid yang telah diasuh. Apa khabar agaknya, anak-anak muridku itu? Mungkinkah mereka mengenaliku lagi?

Terlalu lama sudah masa berjalan. Rupanya ada antara bekas anak muridku yang  telah pergi dahulu. Kutahu pemergian mereka pun melalui media massa.Memoir Seorang Guru biasa ini tetap terpahat di ingatan. Memori seorang guru yang bakal bersara tidak berapa lama lagi. Namun, meski kerjaya ini semakin menuju ke penghujung, semangat dan cinta ini tetap mekar, bak jambangan mawar yang sentiasa disiram dan dijaga.

Pandangan kudus mata anak-anak muridku setiap kali mereka menanti ku di muka pintu. Adakalanya telah ada anak muridku di muka pintu kereta, mahu membantuku membawa beg sekolah dan buku. Sungguh ia menyentuh hati kecilku. Segala kesakitan dan kepenatan terbang dibawa angin lalu. Jeritan dan pujukan mereka, bercampur baur dengan keletah mereka adalah rindu yang pasti sentiasa terpateri. Inilah rutinku berpuluh tahun dahulu. Saya tidak bosan bahkan gembira dengan rutin ini.

Mengapa? Ini kerana, hati ini sangat gembira pabila mengetahui, anak didik berjaya menjadi insan. Insan yang menjadi tunggak kelangsungan bangsa ini. Insan yang bakal mewarna tanahair pusaka nenek moyang ini. Apakah mungkin memoir guru biasa ini dapat ditulis, menjadi naskah novel? Adakah syarikat yang mahu menerbitkan biasan rasa guru biasa ini?Adakah khalayak yang meminati sentuhan rasa seorang guru biasa ini?

Argh, sudah panjang rupanya saya menceceh. Pada kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik seluruh Malaysia. Khususnya buat my boss, rakan-rakan sekerja saya, Pak long yang sudi menjadi follower blog terbiar saya ini  dan rakan-rakan maya yang sudi menjenguk teratak usang ini.

Di bawah ini saya sertakan kad ucapan Hari Guru dan Terima Kasih Ibu daripada anakanda saya,klik sini .



0 comments:




zwani.com myspace graphic comments
 
Copyright © 2010 Memoir Seorang Guru | Design : Noyod.Com