Kebetulan saya menemui artikel tentang jerawat ini dari pandangan pakar kesihatan. Merasakan ia bermanfaat, saya kongsikan ertikel itu. sumber artikel itu saya ambil dari www.infosihat.gov.my .
- Liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik atau tar
- Terdapat peningkatan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak (sebaceous gland). Keadaan ini bergantung kepada hormon serta ditentukan oleh gen seseorang
- Terdapat jangkitan bakteria pada dukta liang roma (disebabkan oleh bakteria Propionebacterium acne)
- Bintik putih atau bintik hitam (comedones)
- Bonjol merah yang bernanah atau tidak
- Bintil (nodul) dan pembentukan cista (berair) yang mungkin mengakibatkan parut
- Perubahan hormon pada remaja perempuan semasa datang haid
- Alat solek yang berasaskan minyak
- Gel rambut
- Memicit jerawat
- Tekanan hidup
- Mengandung
- Ubat seperti streroid, phenytoin (Dilantin) atau Lithium
- Biasanya ia menjadi bertambah teruk di kalangan remaja, terutama remaja lelaki
- Kita boleh mendapat akne pada bila-bila masa atau usia walaupun melebihi 50 tahun
- Jika ibu bapa anda mempunyai masalah akne, berkemungkinan besar anda juga boleh mendapatnya.
- Benzoyl peroxide 2.5%, 5%, 10% krim/gel pada waktu malam atau 2 kali sehari
- 2% - 6% Sulfur dalam losen calamine
Untuk akne yang sederhana.
- Seseorang itu perlu makan antibiotik selama 4 hingga 6 bulan
- Pil perancang keluarga yang tertentu juga berkesan bagi remaja perempuan tetapi bukan untuk remaja lelaki
- Isotretinoin mempunyai kesan sampingan yang teruk seperti kecacatan kelahiran. Remaja perempuan tidak boleh mengandung semasa mengambil Isotretinoin dan sehingga sekurang-kurangnya sebulan selepas berhenti mengambil ubat tersebut
- Mereka juga perlu dipantau untuk kesan-kesan sampingan Isoteretinoin yang lain
Beberapa kaedah boleh digunakan untuk merawat parut seperti:
- Bagi parut yang cetek, bahan kimia seperti glycolic atau asid trikloroasetik digunakan untuk menggelupaskan permukaan kulit
- Teknik laser resurfacing
- Bagi parut yang besar, boleh menggunakan suntikan collagen atau implan matrik gelatin
- Pembedahan pembetulan (Surgical repair)
- Penggunaan kosmetik bagi menutup parut
- Mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan pencuci muka yang lembut
- Mengelak daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak. Pilih kosmetik yang non-comedogenis
- Mengamalkan pemakanan yang sihat. Makanan boleh memberi kesan kepada kulit anda. Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
- Lebihkan minum air kosong
- Bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit
- Mengurangkan tekanan dan mengamalkan teknik relaksasi
0 comments:
Post a Comment