Pages

Salam

assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, August 22, 2011

Memoir Seorang Guru, Perginya Seorang Pendidik

Memoir Seorang Guru, Perginya Seorang Pendidik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Memoir Seorang Guru, Perginya Seorang Pendidik.

Jika tuan-tuan dan puan-puan serta pelayar blog 'Memoir Seorang guru' ini perasan, alamat url blog ini sendiri menggunakan ayat, memoirseorangguru.blogspot.com, sebagai  satu natijah betapa terkesannya anak pemilik blog dengan novel buah tangan penulis tanahair.

Sesiapa yang belum membaca novel memoir seorang guru, eloklah benar membacanya. Sedikit sedutan berkaitan ulasan karya Memoir Seorang Guru:

Karya  'Memoir Seorang Guru diwarnai dengan pelbagai gejolak rasa yang menyentuh perasaan. Padat dengan mesej yang tersirat untuk dijadikan renungan bersama.
Membaca 'Memoir Seorang Guru' novel terbaru Azizi Hj Abdullah, terbitan Alaf21, anda akan merasa kebencian disebalik kedegilan murid. Anda akan merasa keras hati seorang guru disebalik lemah lembut muridnya.
Anda akan merasa kata-kata keras, di sebalik kemanjaan murid. Anda akan menemui kekasaran di sebalik lemah lembut murid. Tetapi diakhirnya anda akan temui dialah yang memiliki kasih sayang melalui doa dan harapan, sehingga anda akan mengalir air mata dan berkata; begitukah guru kami.

Penulis blog Memoir Seorang Guru mengucapkan tahniah kepada Alaf21 atas terbitnya novel yang penuh kisah pengajaran, dan ia sebenarnya suntikan motivasi kepada mereka yang ingin bergelar guru, khusunya kepada anak pemilik blog ini sendiri.

Al Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Azizi Abdullah. 

Petikan Berita TV3;

Novelis Terkenal Azizi Abdullah Meninggal Dunia

21/08/2011 17:37:00

Novelis terkenal, Azizi Abdullah meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang.

Allahyarham, 69 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang, jam 7:50 pagi.

Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU hospital berkenaan sejak 11 Ogos lalu.

Mac lalu, Allahyarham menjalani penbedahan jantung di hospital sama.

Allahyarham, bekas guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel "Seorang Tua Di Kaki Gunung" ketika naskah itu dijadikan teks wajib subjek sastera Tingkatan 5, 20 tahun lalu.

Jenazah dikebumikan selepas solat Zohor di kampung halamannya di Kulim, Kedah.

0 comments:




zwani.com myspace graphic comments
 
Copyright © 2010 Memoir Seorang Guru | Design : Noyod.Com