Pages

Salam

assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, January 1, 2014

BAYARAN KHAS PESARA KERAJAAN PENERIMA PENCEN


BAYARAN KHAS KEWANGAN
KEPADA PESARA KERAJAAN YANG MENERIMA PENCEN 

BAYARAN KHAS PESARA KERAJAAN PENERIMA PENCEN

YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013 telah mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM250 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen. 
 
Bayaran Khas Kewangan ini akan diberi kepada semua pesara Perkhidmatan Awam (Persekutuan dan Negeri serta Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan) yang layak menerima pencen pada atau sebelum 31 Disember 2013 termasuk ahli keluarga tanggungan pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada atau sebelum       30 Disember 2013 dan menerima pencen terbitan mulai 31 Disember 2013. 

 
Sehubungan dengan itu, pesara dan penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh mengeluarkan pembayaran tersebut mulai dari 2 Januari 2014. Semua pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen. 


Penerima yang perlu mengisi Borang Tuntutan Pencen di kaunter bank di bawah Skim B tidak perlu berbuat demikian bagi mengeluarkan RM250 ini. 


Bagi penerima yang dibayar melalui waran, waran akan diposkan pada 2 Januari 2014 dan boleh menunaikannya dengan serta merta. 


Bayaran Khas Kewangan untuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Kementerian Pertahanan. JHEV boleh dihubungi di talian 03 2050 8000 atau laman web http://www.jhev.gov.my  


Pihak Kerajaan sentiasa memberi perhatian tentang kebajikan rakyat. Sehubungan dengan itu, bagi memberi keringanan kepada para pesara dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat, kadar pencen telah diberi kenaikan sebanyak 2% setiap tahun. Kadar kenaikan ini telah dilaksanakan dan pesara akan menerima kadar pencen dengan kenaikan sebanyak 2% berbanding kadar pencen diterima pada tahun 2013 bermula       21 Januari 2014. 
 
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 03 8885 4906/ 4475/ 4476/ 4477/ 4478 


Dato’ Yeow Chin Kiong
Pengarah
Bahagian Pasca Perkhidmatan
26 Disember 2013

0 comments:




zwani.com myspace graphic comments
 
Copyright © 2010 Memoir Seorang Guru | Design : Noyod.Com