Pages

Salam

assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, March 3, 2010

Mak Menti

Mak Menti aka Tikus Moden

 

Hai Mak menti nak berjoget aje,tahulah dah selamat dari kena kejar kucing...

Tersebutlah satu kisah, seorang wanita beusia 50-an yang baru mengenali dunia komputer. Zaman 'ketak ketuk" di mesin taip sudah berlalu. Ketika komputer sudah dibuka, wanita itu nampak pada skrin komputer yang indah, dilatari "screensaver" pemandangan air terjun. Dilihat pada PC itu terdapat pelbagai program. Ada Excel, words dan sebagainya.

Kertas di tangannya di letakkan di atas meja komputer. Dia cuba membuka program words. Ditekan-tekannya  aksara yang ada di komputer itu. Sudah berkali-kali mencuba, dia masih tak menemui huruf-huruf yang ditaip.

Pantas tangannya mendail telefon. "Harap-harap anakku tidak sibuk," cetus hati kecilnya.

"Assalamualaikum mak, mak apa khabar?" kedengaran suara manja anaknya di hujung sana.

"Waaalaikumussalam. Alhamdulillah, mak sihat-sihat je ni. Ni ha, mak nak tanya, macam mana mak nak taip ni? Kenapa tak keluar huruf macam yang kakak ajarkan mak dulu?"

"Mak sekarang kat mana?"

"Ni ha. Depan Komputer ni.. Nak taip nama budak-budak kelas mak ni.  4 hari lagi, nak kena hantar ni,"

"Mak dah buka komputer tu tak?"

"Sudah, kak.  Adoi,penat mak taip dari tadi. Tak keluar apa-apa pun,"

"Oh mak kena pergi cari program Words, mak,"kata anaknya.

"Yalah,macam mana tu?"

"Mak tarik mouse tu sampai jumpa program words tu,"cadang anaknya.

"Mouse? Mak menti ke?" tanya wanita itu kehairanan. 

"Aalahai mana nak cari mak menti kat sini ni,"getus hati wanita itu.

"Bukan mak menti mak, mouse, yang atas meja tu yang warna putih silver tu,ada keluar lampu kecik tu," terang si anak lagi.

 

"Oh ini ke? Cakaplah dari awal-awal lagi. Ni mouse.mouse. Mak ingat mak menti. Ok lepas tu?" 

"Mak tarik mouse tu sampai jumpa program words,"terang si anak lagi.

Wanita itu pun menarik mouse komputernya. Ditarik-tariknya, masih tak jumpa-jumpa lagi program yang dicarinya. Seingatnya, masa anaknya tunjukkan dahulu, senang aje,terus jumpa.

Wanita itu tidak berputus asa. "Insyaallah, aku boleh buat,"azamnya.

"Mak,mak jumpa tak?"tanya si anak selepas tidak mendengar suara ibunya.
"Ni ha..mak tengah cari. kok tak jumpa-jumpa," kedengaran suara si ibu agak sayup.

cuak dengan keadaan itu, si anak segera bertanya, "Mak kat mana?"

"Ni haa...mak dah tarik mouse sampai bawah meja ni dah tarik lagi sampai habis, tak jumpa juga pun," wanita itu sedang membongkok badannya yang sudah berada di bawah meja bagi menarik mouse supaya program yang dicarinya dapat dijumpai.

"Laa...mak...kok sampai bawah meja?" 

bersambung...
p/s: 
  • Sebuah sketsa seorang warga emas yang sedang belajar dunia komputer. Pembelajaran sepanjang hayat demi kemajuan semua pihak, terutama diri sendiri, keluarga dan mereka di bawah bimbingannya.
  •  Menti dalam Bahasa Melayu ialah tikus. Menti berasal dari perkataan Jawa.

0 comments:




zwani.com myspace graphic comments
 
Copyright © 2010 Memoir Seorang Guru | Design : Noyod.Com