ASAM REBUS IKANNN.....
-
Cuaca panas sungguh hari ini.... Alhamdulillah nikmat Allah....hari ini
masak asam rebus ikan bersama nanas dan bende.... ikan apa ya.... ini lah
kelemaha...
Mini Cooper New Jersey
-
Anyone trying to find everything from apartments, condos, houses and even
commercial properties through New Jersey home appreciation rates place them
9th...
Faris dan Darwish (dalam ingatan)
-
Alfatehah untuk Faris Nur Daniel
(Sila ikuti sepenuhnya dari Blog Bersama Mazidul)
Alfatehah untuk Muhammad Darwish
(Sila ikuti blog anak saya Nota Hatiku)
Macam-macam Di Awal Tahun 2012
-
Ini merupakan 1st entryku untuk tahun ini. Memang masa makin cemburu bila beranak kecil ni. Namun, awal-awal tahun lagi macam-macam peristiwa telah berlaku.N...
Indah Bahasa
-
*Indah Bahasa*
*Pantun Budi (ii) *
*
*
*Perigi dikatakan telaga,
Tempat budak berulang mandi,
Emas merah ada berharga,
Budi Bahasa bernilai abadi.
Pucuk ni...
Ayat Al-Kursi is the most powerful ayah in the Quran
-
Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya,
tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagi-Nya sesua...
PERKHEMAHAN 2011
-
PERKHEMAHAN DI PUSAT KOKO JPN JOHOR
Perkhemahan Tahunan SK Pt.Lapis telah diadakan di Pusat Kokurikulum JPN
Johor. Seramai 52 orang pelajar da...
KEGUNAAN & KEBERKESANAN PRODUK TRANSFER FACTOR 4LIFE
-
*Kegunaan & Keberkesanan Produk Transfer Factor 4Life*
Kajian-kajian saintifik yang dijalankan hampir setiap hari menunjukkan
punca sebenar penyakit adalah ...
Dugaan ku
-
Lama tak bersama blog...dengan dugaan hidup kali ini, terasa sedikit
goyah...setiap manusia diduga dengan pelbagai cara.Ujian dari Allah
bermakna Dia masih...
MENDIDIK ANAK SOLEH
-
Pertama,
mendidik dengan keteladanan, dalam erti kata lain, ibu bapa harus
memberikan teladan atau contoh yang baik kepada anak-anaknya, ini bererti,
ka...
Karnival Pendidikan Prasekolah Negeri Johor 2010
-
Syukur alhamdulillah Karnival pendidikan Prasekolah telah selesai. Anak
murid ku Abdul Hamid Rashid sallehudin telah berjaya menjadi johan hafazan.
Walaupu...
Bahaya Dosa
-
Seorang hamba, dikira berdosa apabila tidak melakukan kerja atau tindakan
taat kepada Allah Ta'ala.
Seseorang hamba Allah itu dikatakan tidak melakukan k...
NILAI KEMANUSIAAN
-
Ke Mana Hilangnya Kasih dan Sayang.
Suatu persoalan yang wajib dijawab atau sekurang-kurangnya difikirkan oleh
semua orang.
Saban hari kita baca di dada ak...
Gotong - royong perkhemahan SK Peserai
-
Sekejapnya masa berlalu, bagaikan mimpi... gambar ni kami sedang membuat
menara (gajet) untuk perkhemahan pada tahun lepas.... Rasa macam xpercaya
dah nak ...
-
Dengan berkat Usaha dan Doa..Pasukan Kalam Jama'ei Bahasa Arab (Arabic
Choral Speaking) SK Peserai. Telah Johan di Peringkat Daerah Batu Pahat 2
tahun ...
2 years ago
Buat anak-anak bonda, samada anak-anak yang lahir dari sulbi bonda, mahupun anak-anak didik bonda selama ini... Walau di mana kalian berada, bonda tetap mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat kalian. Semoga kita saling berkasih sayang selalu dalam kasih Ilahi.
About This Blog
Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Sila tunjuk ajar atas salah silap mohon dimaafi. Sekian,wassalam
Guru Oh Guru
BERBURU ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada rakan-rakan cikgu khususnya kawan-kawan di SK Peserai
dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.
1. Penampilan diri yang positif merangkumi cara kita menonjolkan diri di khalayak ramai.
2. Kita juga perlu menjaga penampilan diri supaya dihormati.
3. Berikut merupakan cara penampilan diri yang positif :
a) Mengetahui cara menguruskan diri dengan berpakaian kemas b) tingkah laku yang sopan c) pertuturan yang sopan d) menghormati orang yang lebih tua e) mematuhi peraturan yang ditetapkan
f) Menunjukkan cara pengurusan diri dengan sistematik.
g) Mengamalkan gaya hidup yang sihat secara disiplin
Walaupun sekarang ini musim cuti sekolah, cuba anak-anak disiplinkan diri untuk bangun awal sebagaimana hari persekolahan. Manfaatkan masa awal pagi itu untuk bersenam. Selepas itu, isikanlah masa terluang dengan mentelaah pelajaran yang lemah. Maksimumkan usaha anda. Semoga sebaik alam persekolahan bermula seperti biasa pada Isnin minggu hadapan, anak-anak dpaat memulakan hari baru dengan azam yang semakin kokoh.
Sempena cuti sekolah ini juga, ambillah peluang untuk menyerlahkan penampilan diri positif anak-anak. Masa cuti yang ada ini, gunakanlah untuk bersama ibubapa dan keluarga sebaik-baiknya.
Tidak kira, anak-anak murid cikgu ini sebagai anak-anak lelaki mahupun anak perempuan, mari kita ringan-ringankan tulang membantu ibubapa di rumah. Bukankah ia merupakan penampilan diri yang positif? Contohnya seperti berikut:
Membantu ibu melipat gebar dan mengemas bilik tidur sebaik kita bangun dari tidur.
Membantu mengangkat pinggan dan gelas yang kita gunakan ke dalam sinki selepas kita makan dan minum
Jika anak-anak mahu lebih meringankan bebabanan ibu anak-anak, silakan cuci terus pinggan dan gelas yang telah anak-anak gunakan.
Mengasingkan pakaian kotor anak-anak ke dalam bekas baju kotor sahaja.Kemudian, cuba basuh sendiri pakaian anak-anak.
Memberikan salam, tunduk hormat dan berjabat tangan serta mencium tangan ibubapa.
Gambar bapa sedang mengajarkan anaknya ini diambil dari acespiretribe
Bermain di kawasan yang selamat dan mudah untuk ibu memantau keselamatan anda.
Mengapa Permintaanku Masih Belum Diperkenankan-Nya?
Oh Tuhanku Rabbul Izzati
Doaku Bagaikan Tidak Bersambut… Rintihan Dan Munajat Bagai Tidak Kesampaian.
Kerana Dia Masih Mahu Terus Mendengar Rayuan Dan Rintihanmu.
Tapi Sampai Bila?
Sampai Engkau Terima, Bahawa Apa Yang Diinginkan Oleh Tuhan Itulah Yang Terbaik Untukmu… Tapi Bukankah Aku Layak Untuk Berdoa,
Dan Bukankah Tuhan Suka Hamba-Hambanya Berdoa?
Ya, Tapi Berdoa Dengan Hati Yang Merendah, Yang Tahu Diri Maha Hina Dan Lemah.
Kerana Yang Kuat, Yang Mampu Hanya Dia. Maka PadaNya Kita Meminta…
Bukan Doa Seorang Tuan. Ibarat Seorang Pesuruh Istana, Tanpa Adab Sopan, Menerjah Ke Ruang Istana, Meminta-Minta Pada Sultan, Mungkinkah Akan Diperkenan?
Tapi Aku Amat Memerlukan,
Kerana Itu Aku Meminta-Minta Dan Merayu-Rayu…
Berdoalah, Merayu-Rayulah Terus, Merintih Dan Adukanlah Segalanya Yang Menjadi Kesulitan Hidupmu
Pada Dia Yang Maha Mendengar Lagi Maha Tahu.
Jadilah Seperti Pesakit Yang Mendedahkan Segala Derita
Dan Penyakitnya Kepada Doktor. Urusan Ubat,
Bukan Pesakit Yang Menentukan,
Tetapi Doktor. Jadi?
Yang Kita Rasa Perlu Untuk Kita,
Belum Tentu Itu Yang Tuhan Mahu Untuk Kita.
Boleh Jadi, Apa Yang Kita Tidak Sukai
Itulah Yang Terbaik Buat Kita.
Dan Boleh Jadi Pula Apa Yang Kita Sukai Itulah
Yang Tidak Baik Bagi Kita. Sesungguhnya Allah Itu
Maha Mengetahui Lagi Maha Pengasih, Sedangkan Kita Maha Lemah Lagi Jahil.
0 comments:
Post a Comment