Pages

Salam

assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday, September 6, 2013

Naikkan kadar pencen pesara kepada 10 peratus

Naikkan kadar pencen pesara kepada 10 peratus

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Kelab Persatuan Pesara Kerajaan 1Malaysia (Kupekmas) meminta kerajaan mengkaji kenaikan kadar pencen kepada 10 peratus berbanding dua peratus seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.


Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Abdul Rahman Manan, kadar dua peratus adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan kos sara hidup dan harga barang yang semakin meningkat.

"Kami berterima kasih atas kenaikan dua peratus itu, namun persatuan berasakan kadar itu agak tidak memberangsangkan. Contohnya kalau pencen yang diterima RM1,000 sebulan, kenaikan yang diperoleh hanya RM20.


 
"Jadi, kami minta kenaikan pencen tahunan itu dinaikkan kepada 10 peratus seiring dengan dua kenaikan gaji tahunan kepada kakitangan awam berkuat kuasa Julai lalu. Wajarlah ia dipanjangkan juga kepada pesara-pesara kepada peratusan yang sesuai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Beliau berkata, tuntutan tersebut merupakan tiga perkara utama yang dikemukakan kepada Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam pertemuan berkala yang diadakan sejak kelab itu dilancarkan pada 19 Julai tahun lepas oleh Perdana Menteri.
Katanya, menerusi kertas kerja yang dikemukakan kepada JPA itu juga, persatuan turut menuntut kerajaan mengkaji semula kadar pembayaran pencen seimbang kepada kira-kira 150,000 pesara yang tamat perkhidmatan pada usia 55 sebelum 2001.
Beliau menyifatkan pesara yang terlibat tidak menerima kadar pencen yang berpatutan kerana hanya menerima separuh gaji akhir atau maksimum 25 tahun perkhidmatan berbanding mereka yang bersara selepas tahun tersebut yang mendapat bayaran pencen sebanyak 70 peratus.


"Jadi sekarang memandangkan kakitangan kerajaan bersara pada usia 60 tahun, kita minta supaya perkara ini dikaji semula supaya mereka yang terlibat sebelum ini menikmati kenaikan pencen yang seimbang," katanya.


Selain itu, jelasnya, Kupekmas juga meminta bayaran pencen di bawah RM300 diselaraskan kepada RM720 terutama kepada bekas kakitangan badan kerajaan yang kemudian diswastakan seperti Lembaga Letrik Negara (LLN) yang kini dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Setelah diswastakan, mereka dianggap bukan

 lagi pesara kerajaan dan pencen mereka dibayar ikut tempoh sepanjang berada di bawah kerajaan manakala duit simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pula sudah habis dikeluarkan. Isunya sekarang JPA memaklumkan mereka ini tidak cukup tempoh perkhidmatan.


"Kami memandang ia sebagai prinsip kemanusiaan dan perlu dipertimbangkan mereka ini untuk menerima pencen sekurang-kurangnya RM720 sebulan memandangkan sebahagian mereka yang menerima pencen RM720 sebulan sebelum ini telah mendapat kenaikan pencen kepada RM820 pada tahun lepas," katanya.

Sumber Utusan

 

0 comments:




zwani.com myspace graphic comments
 
Copyright © 2010 Memoir Seorang Guru | Design : Noyod.Com